PENGARAH KEMAS MELAKA
EN. KHAIRUDDIN BIN MD NASIR.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF STANDARD KURIKULUM PRASEKOLAH
MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010
Matlamat
Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
4 kata kekunci
•Menyuburkan (Enriching)
•Aktif Penglibatan (Engaging)
•Selamat (Safe)
•Seronok (Fun)
Pendidikan Prasekolah bertujuan :
- Memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
- Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
No comments:
Post a Comment