Tuesday 24 November 2015

Kanak-kanak Tabika Kg.Air Hitam Darat berlatih dalam acara balapan untuk hari potensi Parlimen Masjid Tanah.

Kanak-kanak dan ibubapa membuat aktiviti mewarna dan sambutan hari jadi kanak-kanak.

AKTIVITI MERDEKA  KANAK-KANAK TABIKA DENGAN IBU BAPA

TIPS

Belajar Sambil Bermain

PENGENALAN:

                 Bermain menjadi fitrah atau tingkah laku semula jadi kanak-kanak. Oleh itu pendidikan prasekolah menekankan pendekatan “belajar melalui bermain” kerana melalui proses bermain mereka akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara langsung dan natural.

             Semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut, proses penerimaan sensori atau deria seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, bau dan rasa akan teransang dan memberi satu pengalaman pembelajaran secara tidak langsung. Pengalaman ini memberikan pegalaman pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina.

          Penekanan kepada pendekatan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran  tu menggembirakan dan kanak-kanak merasa seronok untuk belajar. Melalui pendekatan ini, aspek perkembangan fizikal, sosial emosi, kognitif  dan bahasa serta potensi kanak-kanak dapat ditingkatkan ke tahap yang maksimum.

PANDANGAN TOKOH TENTANG MAIN:

FROEBEL: bermain adalah suatu keadaan semula jadi yang membantu kanak-kanak belajar dan berkembang.

MONTESSORI: Permainan adalah seperti pekerjaan kepada kanak. permainan memberi peluang kanak-kanak meneroka dan mencuba sesuatu aktiviti. Dalam proses mencuba, mereka menemui pengetahuan yang baru.
Aktiviti bermain membenarkan mereka memenuhi keperluan perasaan ingin tahu, di samping meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka

VYGOTSKY: Permainan pilihan kanak-kanak sendiri yang disokong oleh seorang guru atau orang dewasa melalui perbincangan dan sesi soal jawab menggalakkan pencapaian kognitif yang lebih tinggi

IMAM AL-GHAZALI: Bermain mengembangkan sifat semula jadi kanak-kanak, menyuburkan tubuh, menguatkan otot, mendatangkan kegembiraan dan kerehatan selepas penat belajar.

KONSEP BERMAIN

           Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan konsep “belajar melalui bermain” perlulah:
    i.  sesuatu aktiviti yang memberi kegembiraan serta peluang kepada murid melahirkan perasaan

   ii.  dapat murid meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan kemahiran

iii.   murid berpeluang memberi tumpuan dan perhatian
iv.  membantu murid mengembangkan pertumbuhan dari segi kognitif dan psikomotor
v.   bebas, terancang dan selamat
vi.  peluang mencuba idea sendiri;

TUJUAN BELAJAR MELALUI BERMAIN

            Apabila kanak-kanak belajar melalui bermain sewajarnya mereka memperoleh perkembangan yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek fizikal, sosial, emosi, kognitif dan bahasa. Melalui pendekatan belajar melalui bermain kanak-kanak boleh:
-         mempelajari sesuatu konsep;
-         meningkatkan keupayaan kognitif;
-         meningkatkan penerokaan untuk memenuhi perasaan ingin tahu;
-         memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan kreatif;
-         membantu menyelesaikan masalah;
-         membina kemahiran sosial dengan rakan sebaya dan orang dewasa;
-         membina kemahiran fizikal serta meningkatkan motor halus dan motor kasar;
-         mempelajari dunia keliling mereka;
-         mengamalkan proses pembelajaran bahasa dan literasi
-         membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan;
-         membina konsep kendiri yang positif;
-         memupuk sikap bertanggungjawab kepada kehidupan dewasa kelak

Aktiviti belajar melalui bermain dapat meningkatkan dan menyokong proses pembelajaran dan peluang untuk kanak-kanak berjaya dalam kelas dan kehidupan hari depan mereka.

JENIS-JENIS MAIN
         
              Sebagai guru prasekolah, kita harus tahu pelbagai jenis permainan . Ini memudahkan kita memilih,  merancang dan menyediakan bahan yang bersesuai dengan amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (ABP) . Dengan itu aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna dan hasil pembelajaran dapat dicapai seperti yang diharapkan.

              Terdapat pelbagai jenis main yang boleh dijadikan pendekatan dalam melaksanakan kurikulum prasekolah. Di antaranya ialah:

-         Main Sosial (Sosial Play)
-         Main Kognitif (Cognitif Play)
-         Main Bebas (Informal Play)
-         Main Sosiodrama (Socio-dramatic Play)
-         Permainan Luar (Outdoor Play)

MAIN SOSIAL (SOSIAL PLAY)

Main sosial belaku apabila kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan. Terdapat beberapa jenis main social seperti:

-  main ‘ occupied ’
   kanak-kanak tersebut tidak bermain apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun. Dia
         hanya berdiri atau duduk tanpa berbuat apa-apa.

-  main ‘ solitary ’
   kanak-kanak tersebut bermain seorang diri. Tanpa menghiraukan rakan atau keadaan
   sekeliling.

-  main ‘ onlooker ‘
   kanak-kanak tersebut memerhati rakannya yang lain bermain. Dia lebih berminat dengan
   permainan orang lain.

-  main ‘parallel ’
   kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang
   sama dengan rakannya.

-  main ‘ associative ’
   kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam alatan,
   tetapi mereka tidak bermain bersama-sama.

-  main ‘cooperatif ’
   kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kelas.

FAEDAH MAIN SOSIAL
                  Main sosial mempunyai banyak faedah kepada kanak-kanak, di antaranya ialah:

-         memberi ruang dan peluang bagi kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan mempelajari banyak kemahiran sosial seperti bertolak ansur, menyelesaikan masalah, bekerjasama dan memupuk semangat kepimpinan antara mereka.
-         Memberi peluang kepada kanak-kanak memupuk  dan membina kemahiran  interpersonal dan berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa.
-         Membantu kanak-kanak belajar mengawal emosi supaya mereka menyedari bahawa mereka tidak boleh berbuat sesuatu dengan sesuka hati.
-         Memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti perpaduan , sikap prihatin dan penyayang.
-         Menggalakkan interaksi dan kemahiran sosial yang penting dalam kehidupan masa depan kanak-kanak dan mengelakkan kanak-kanak bersikap pasif dan menyisihkan diri.

MAIN KOGNITIF (COGNITIF PLAY)

           Dalam permainan berbentuk kognitif kanak-kanak mengalami proses berfikir untuk membuat keputusan dan menentukan matlamat. Mereka terlibat secara aktif dalam ativiti pembelajaran dengan menggunakan bahan maujud atau mengaplikasikan peraturan

J. Piaget mengkategorikan main kognitif kepada empat iaitu:

-     main berfungsi (Functional Play)
-         main simbolik
-         main ‘games and rules’
-         main konstruktif (Constructive Play)
MAIN BERFUNGSI  DAN MAIN SIMBOLIK

             Permainan jenis ini sering dimainkan oleh kanak-kanak dalam peringkat umur 2-3 tahun,
iaitu dalam tempoh sensorimotor sebagai gerak balas kepada aktiviti otot.

          Main simbolik memberi peluang kepada kanak-kanak berlatih secara fizikal semasa meneroka persekitaranya dan ia mempunyai ciri pengulangan, manipulasi dan imitasi (ajukan). ( eg. kanak-kanak suka bermain naik-turun tangga dan akan mencubanya
berulang kali sehingga berjaya).

             Kanak-kanak pada peringkat ini gemar dan gembira apabila dapat membuat pergerakan dan sebutan yang berulang.

            Main berfungsi dan main simbolik memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal, dan kesedaran sosial  dengan berpura-pura menjadi satu objek kepada objek lain seperti bongkah sebagai rama-rama, makanan, ibu atau sekuntum bunga,

MAIN ‘GAMES AND RULES’

         Dalam main ‘Games and Rules’ kanak-kanak belajar bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkah laku mereka semasa bermain adalah dalam had  atau peraturan permainan tersebut

MAIN KONSTRUKTIF (CONSTRUCTIVE PLAY)

             Main konstruktif adalah berasaskan kepada main simbolik dan mewakili adaptasi kanak-kanak kepada masalah  dan tingkah laku kreatif.

Kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan mereka untuk mengenali dunia mereka.

             Pada mulanya mereka menggunakan bahan atau alatan mainan dan digunakan untuk mewujudkan  atau membina bahan lain seperti istana pasir, bangunan dan kedai.
Misalnya,mereka membina dengan menggunakan bongkah atau bermain doh.

MAIN BEBAS (INFORMAL PLAY)

            Main bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan, tidak formal dan tidak berstruktur dalam persekitaran yang kaya dengan bahan dan interaksi dengan rakan sebaya, orang dewasa dan bahan yang disediakan.

MAIN SOSIODRAMA (SOCIO-DRAMATIC PLAY)

               Main dramatik atau sosiodrama memberi peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti yang luas meliputi keluarga, masyarakat dan warisan budaya.

Main sosiodramatik melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik.
Main fantasi melibatkan perkara yang tidak realistik atau fantasi kepada kanak-kanak tersebut

PERMAINAN LUAR (OUTDOOR PLAY)

Kanak-kanak perlu melepaskan tekanan perasaan semasa bermain dalam keadaan terkawal. Pusat parasekolah perlu menyediakan alat permainan luar yang sesuai seperti  bekas main pasir, bekas main air, terowong, jongkang jongkit, buaian, rangka memanjat, dan gelunsur untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan menggembirakan.
Semasa bermain dengan alatan tersebut, kanak-kanak dapat mempelajari beberapa konsep seperti imbangan, berat dan ringan, tinggi dan rendah, tarikan gravity, ayunan serta konsep banyak dan sedikit.
Penerapan nilai murni berlaku, seperti bersabar, mengikut giliran, bekerjasama, tolong menolong, bersikap sederhana dan hormat menghormati.
Aktiviti permainan luar melibatkan perkembangan motor halus dan motor kasar, koordinasi tubuh badan, perkembangan bahasa, interaksi sosial  dan kreativiti

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

Kemudahan
C  Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka di tempat kerja.

C  Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak dibawah usia 4 tahun.

C  Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan.

Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar
C  Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2,000.00.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
C  Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan.

C  Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan.

C  Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin bahawa:

þ  kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah memuaskan;

þ  daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan sempurna;

þ  alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;

þ  struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;

þ  pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuh dalamnya.

Kemudahan fizikal dalam bangunan prasekolah serta ciri keselamatan yang perlu ada

KEMUDAHAN FIZIKAL BANGUNAN PRASEKOLAH
Kemudahan fizikal yang disediakan mestilah mencukupi, sesuai dan diselenggarakan dengan baik serta mampu menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan. Setiap kemudahan fizikal yang disediakan mestilah sesuai dari segi susun atur dan pemilihan ruangnya. Pengurusan ruang merupakan perkara yang penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Murid memerlukan ruang yang mencukupi dan sesuai dalam menjalankan aktiviti agar mereka bebas untuk berinteraksi dengan bahan pembelajaran yang disediakan. Ruang yang disediakan mestilah kondusif agar dapat merangsang pembelajaran murid. Setiap ruang yang diwujudkan perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
i)             Selesa
a)    Keluasan yang bersesuaian
b)    Pengudaraan yang baik
c)    Pencahayaan yang baik

ii)            Mudah alih
a)    Ruang dan susun atur peralatan boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.
b)    Peralatan boleh ditamba mengikut kesesuaian tema dan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
iii)           Pelbagai guna
a)    Rung dan peralatan yang sesuai dapat digunakan untuk kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

iv)           Selamat
a)    Peralatan dan bahan yang digunakan hendaklah selamat.
b)    Susun atur dalam bilik memudahkan pergerakan murid.
c)    Penyimpanan bahan/peralatan perlu sesuai dengan keadaan fizikal murid.
d)    Peralatan dan bahan hendaklah sentiasa bersih.
e)    Peralatan elektrik perlu diletak berhampiran dengan punca kuasa.

v)            Ceria
a)    Penyusunan bahan dan peralatan dalam bilik perlu kemas, rapi, menarik, berlabel dan sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran semasa.
b)    Keadaan fizikal bilik hendaklah sentiasa menarik dan bersih.

vi)           Bermakna
a)    Ruang yang disediakan dapat merangsang murid untuk terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
b)    Murid boleh mengaitkan ruang yang disediakan dengan kehidupan seharian. Peralatan dan bahan dalam ruang mestilah sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.
            Ruang pembelajaran merangkumi keseluruhan premis prasekolah. Ruang ini merangkumi ruang dalam kelas, ruang luar kelas, ruang dapur dan ruang bilik air.
a)    Ruang dalam Kelas

Ruang dalam kelas berfungsi untuk merangsang pembelajaran murid dan memantapkan peningkatan kemahiran kognitif seperti kemahiran berbahasa dan kemahiran berfikir. Ia juga dapat menggalakkan penerapan kemahiran bersosial dan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama, bertolak ansur dan keyakinan diri. Selain itu, ruang ini juga berfungsi untuk membolehkan murid menjalankan pembelajaran kendiri mengikut tahap kebolehan mereka. Walhal pula, ruangan ini turut membantu guru dalam menjalankan aktiviti bimbingannya terhadap murid yang bermasalah selain memudahkannya untuk membuat penilaian terhadap perkembangan murid dari aspek kognitif (pengetahuan dan kemahiran), afektif (sikap dan tingkahlaku) dan psikomotor (fizikal). Jenis-jenis ruang dalam kelas dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pusat pembelajaran seperti Pusat Bahasa dan Komunikasi, Pusat Kreativiti dan Estetika, Pusat Kognitif, Pusat Manipulatif, Pusat Teknologi, Pusat Main Peranan serta Pusat Kerohanian dan Moral; Ruang Berkumpul (circle time) dan Pusat rujukan Guru.

b)    Ruang Luar Kelas

Ruang Luar Kelas terdiri daripada ruang pondok dan tempat main air, main pasir dan ruang berkebun.

i)             Ruang Pondok

Ruang pondok boleh diwujudkan sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Ruang ini diwujudkan bagi membolehkan murid untuk menjalankan aktiviti sendiri serta membolehkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi sesama sendiri. Selain itu, dengan kewujudan ruang ini juga, murid-murid dapat mengalami akan suasana yang sebenar seperti berada dalam rumah kediaman, klinik mahupun kedai. Mereka juga mampu untuk melahirkan emosi yang pelbagai berdasarkan bentuk aktiviti atau permainan yang dijalankan. Tambahan pula, kehadiran pondok ini juga secara tidak langsung dapat mengembangkan bakat serta minat murid-murid terhadap sesuatu bidang kerjaya sama ada guru mahupun doktor dan sebagainya. Mereka cuba untuk melakonkan pelbagai watak dalam sesebuah cerita berdasarkan pengalaman yang diperoleh semasa di rumah dan juga di persekitaran mereka.
           Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini adalah berbentuk set alat permainan main peranan seperti mainan memasak, pakaian doktor dan peralatannya serta peralatan ubat-ubatan. Selain itu, jenis alat permainan berbentuk tradisional juga terdapat di dalam ruangan ini seperti congkak, guli, batu seremban, dan konda-kondi. Pengisian-pengisian ini secara tidak langsung mambu membantu memperkembangkan tahap pemikiran kanak-kanak agar menjadi lebih kreatif dalam melakukan sesuatu aktiviti.

ii)            Tempat Main Air dan Main Pasir

Ruang ini diwujudkan untuk meningkatkan kemahiran motor halus murid-murid melalui karya yang dihasilkan. Secara tidak langsung, ruangan ini dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti mengamalkan sikap bertolak ansur dan bekerjasama dalam menghasilkan karya masing-masing. Tambahan pula, ruangan ini berfungsi untuk menimbulkan kepekaan terhadap persekitaran dalam diri murid iaitu dengan menamakan apa sahaja objek yang dilihat berada disekeliling mereka. Bahkan, ruangan ini juga mampu menanam sikap keprihatinan murid-murid terhadap aspek keselamatan dan kesihatan diri terutama semasa mereka bermain dengan pasir. Selain itu, ruangan ini  diwujudkan untuk memberi peluang kepada murid-murid dalam menimba dan  memperoleh pengalaman melalui penerokaan yang dilakukan. Antara alatan bagi ruangan ini adalah kotak air dan pasir penutup, alat permainan pasir dan pasir, pasir yang bersih dan pili air di Kotak Main Air.

iii)           Ruang Berkebun

Ruang berkebun ialah ruangan yang disediakan kepada murid-murid untuk merasai suasana sebenar yang dirasai oleh seorang petani. Selian itu, ruangan ini juga berfungsi untuk memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang perkembangan dan pertumbuhan sesuatu tumbuhan. Murid-murid dapat melihat perkembangan dan pertumbuhan tumbuhan tersebut apabila mereka bersama-sama menanam benih tumbuhan itu dan memerhatikan tumbesaran yang berlaku ke atas benih itu. Pelbagai jenis tumbuhan boleh ditanam di ruangan ini seperti sawi, lada dan bunga-bungaan. Antara pengisian untuk ruangan ini adalah kepelbagaian jenis pokok herba dan poko renek, tanaman berbatas dan kolam untuk tumbuhan air seperti teratai dan kiambang.

iv)           Alat Permainan Luar

Alat permainan luar disediakan bagi membolehkan murid untuk meningkatkan kemahiran motor kasar mereka, mendisplinkan diri semasa menggunakannya dan juga menjadi prihatin terhadap aspek keselamatan semasa menggunakan setiap jenis alatan permainan luar. Antara peralatan yang boleh diletakkan dalam permainan luar ialah jongkang jongket, papan gelunsur, papan imbangan, rangka panjat (monkey bar), terowong dan buaian.

c)    Ruang Dapur

Ruang dapur terbahagi kepada ruang penyediaan makanan dan juga ruang makan.
i)             Ruang Penyediaan Makanan
Ruang penyediaan makanan diwujudkan bagi membolehkan aktiviti memasak dan aktiviti mencuci peralatan dijalankan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memberi bimbingan kepada murid dalam penyediaan makanan dan minuman. Tambahan pula, ruangan ini mampu membantu dan memberi bimbingan kepada murid untuk mengemas peralatan dapur serta mengasingkannya mengikut tahap keselamatan masing-masing setelah digunakan. Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini ialah dapur, sinki, peti sejuk, rak pinggan mangkuk, set peralatan memasak, peralatan mencuci, set pinggan mangkuk, menu, kain pengelap, bahan pencuci atau pembasmi kuman dan alat pemadam api.

ii)            Ruang Makan
Ruang makan perlu diwujudkan bagi membolehkan murid untuk makan ditempat yang disediakan. Selain itu, mereka juga boleh didedahkan dan dibimbing mengenai cara penyediaan serta hidangan makanan dan minuman. Murid-murid juga dibimbing dalam ruangan ini mengenai cara mengemas ruang makan selepas digunakan. Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini ialah meja beralas, tikar, kerusi, pelapik makanan, carta doa makan, carta makanan seimbang, carta kesihatan, tuala tangan dan cermin.

d)    Ruang Bilik Air

Ruang bilik air diwujudkan bagi membolehkan murid untuk mengamalkan kebersihan diri dengan betul, mengamalkan kebersihan tandas sebelum, semasa dan selepas menggunakannya, serta mengetahui cara penggunaan air secara berhemah. Dalam ruangan ini, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tandas untuk murid lelaki dan murid perempuan yang diasingkan mengikut jantinanya, sinki, bilik mandi (shower), cermin, sabun, berus, mop, pewangi dan pencuci, gayung dan baldi, salur getah serta selipar.

PANDUAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN
a)    Ruang Pembelajaran dan Kebersihan

Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabot hendaklah memudahkan pergerakan murid supaya ‘traffic flow’ dalam kelas berjalan lancar. Susun atur perabot juga mestilah tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid. Setiap penjuru perabot yang tajam perlu diletakkan atau disusun dalam keadaan yang tidak membahayakan murid.

Manakala peralatan yang membahayakan seperti gunting, jarum dan sebagainya hendaklah disimpan di tempat yang selamat. Bagi bahan-bahan yang digunakan seperti krayon, pewarna, plastesin, dan sebagainya hendaklah dipastikan bahawa ianya diperbuat daripada bahan yang tidak bertoksid. Selain itu, keadaan peralatan daripada elektrik seperti komputer, radio dan televisyen dipastikan bahawa suisnya dimatikan selepas digunakan. Jeriji besi kelas hendaklah sentiasa ditutup sekiranya kelas prasekolah berasingan dengan taman permainan.
         
Keadaan lantai dalam kelas hendaklah sentiasa kering dan bersih. Begitu juga dengan pintu dan tingkap yang mestilah bersih sepanjang masa. Keadaan peti pertolongan cemas pula mestilah sentiasa lengkap dan berada ditempat yang selamat serta mudah untuk dicapai. Selain itu, pelan laluan kecemasan atau kebakaran hendaklah ada dan dipamerkan di setiap kelas prasekolah di tempat yang strategik. Manakala bagi latihan kebakaran pula, pihak sekolah hendaklah membuat latihan ini sekurang-kurangnya dua kali setahun kepada murid-murid. Keadaan perabot dan peralatannya mestilah sentiasa kemas dan selamat untuk digunakan.

b)    Ruang Dapur (Ruang Penyediaan Makanan dan Ruang Makan)

Setiap peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat. Suis peralatan elektrik yang digunakan hendaklah sentiasa dimatikan selepas selesai menggunakannya. Keadaan peralatan elektrik mestilah berada dalam kedudukan yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak seperti cerek dan kuali. Bagi bekas yang mengandungi air panas hendaklah sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat. Bahan-bahan yang berbahaya seperti bahan peluntur dan pembasmi kuman perlu dijauhkan daripada kanak-kanak.  Keadaan tabung gas pula mestilah berada dalam keadaan baik dan ditutup selepas digunakan. Sekiranya tabung gas diletakkan ditempat yang tertutup, pastikan ianya mempunyai ruang untuk peredaran udara yang baik dan selamat.

            Alat pemadam api yang terdapat di bangunan prasekolah ini hendaklah berfungsi dan diletakkan di tempat yang selamat serta tidak luput tarikhnya. Pihak pengurusan prasekolah iaitu pembantu pengurusan murid dan guru prasekolah hendaklah sentiasa menyemak tarikh luput bagi setiap stok bahan makanan dan minuman. Bagi lantai dan meja yang terdapat dalam ruangan ini hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih. Begitu juga dengan setiap pinggan dan mangkuk di ruangan ini mestilah bersih dan tersusun rapi. Tidak lupa juga peti sejuknya hendaklah sentiasa dibersihkan. Selain itu, keadaan tong sampah juga hendaklah sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat yang betul.

c)    Ruang Bilik Air

Bagi keselamatan dan kebersihan dalam ruangan ini pula, keadaan lantainya hendaklah sentiasa bersih dan kering. Setiap pencuci tandas, pewangi dan pembasmi kuman perlulah disimpan di tempat yang selamat. Keadaan mangkuk tandas dan sinki dalam ruangan ini mestilah berkeadaan bersih. Begitu juga dengan saliran air yang berlaku hendaklah sentias bersih. Manakala bahan seperti pencuci tangan, sabun dan tuala tangan perlu disediakan dengan baik.

d)    Ruang Luar Kelas

Tempat permainan luar hendaklah rata dan selamat iaitu tidak terdapat batu dan benda yang tajam. Setiap alat permainan luar hendaklah berada dalam keadaan selamat untuk digunakan iaitu dijamin tidak berkarat atau rosak. Bagi ruang kaki lima pula, ianya perlulah sentiasa kering dan bersih. Keadaan rak kasut atau tempat letak kasut pula hendaklah sentiasa kemas dan tersusun. Begitu juga dengan keadaan longkang disekitar kelas prasekolah ini. longkang-longkang tersebut hendaklah berada dalam keadaan bersih dan selamat dengan meletakkan penutup di atas setiap longkang supaya mengelakkan kecederaan kanak-kanak berlaku.

e)    Cadangan perkhidmatan prasekolah berkualiti dan dapat memenuhi hak dan keperluan kanak-kanak.

CARTA ORGANISASI 

PROFAIL PEMAJU MASYARAKAT

NAMA:                                                JAIZAH BINTI MD SAH

NO. KAD PENGENALAN:                6901816-04-5270

TARIKH LAHIR;                                 16 OGOS 1969

TEMPAT LAHIR;                                MASJID TANAH, MELAKA

ALAMAT RUMAH:                             BATU 21 JALAN BAKTI, KAMPUNG PULAU
                                                             78300 MASJID TANAH
                                                             MELAKA

ALAMAT BERTUGAS:                       TABIKA KEMAS KAMPUNG AIR HITAM DARAT
                                                              BALAI RAYA KAMPUNG AIR HITAM DARAT
                                                              78300 MASJID TANAH
  MELAKA

KELAYAKAN AKADEMIK:               SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

PROFAIL PEMBANTU

PEMAJU MASYARAKAT SUKARELA (PPMS)

NAMA:                                                         SITI NORAEN BINTI ZAINUDIN

NO KAD PENGENALAN:                         940216-04-5516

JANTINA:                                                    PEREMPUAN                         :   

TARIKH & TEMPAT LAHIR:                 HOSPITAL KEM TERENDAK                                 

STATUS PERKAHWINAN:                     BUJANG

GRED JAWATAN:                                     PEMBANTU PEMAJU MASYARAKAT SUKARELA

KELULUSAN AKADEMIK:                      SPM 

TARIKH LANTIKAN:                               14.1.2014

TARIKH MULA BEKTUGAS                   14.1.2014                 

AMAT SURAT MENYURAT:                  BATU 21 , KAMPUNG AIR HITAM DARAT, 78300 MASJID          TANAH,  MELAKA

PENGARAH KEMAS MELAKA

EN. KHAIRUDDIN BIN MD NASIR. 

gambar

MATLAMAT DAN OBJEKTIF STANDARD KURIKULUM  PRASEKOLAH

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010
Matlamat
Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
4 kata kekunci
•Menyuburkan (Enriching)
•Aktif Penglibatan (Engaging)
•Selamat (Safe)
•Seronok (Fun)

Pendidikan Prasekolah bertujuan  :

  • Memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
  • Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.